Friday, December 16, 2011

Alhamdulillah....Selesai sudah program Tafaqquh Fiddin

Alhamdulillah, tamat sudah program Tafaqquh fid Din, yang bertemakan Kem Pencinta al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Ternyata, program yang berlangsung selama 3 hari iaitu pada 12-14 Disember 2011 mencapai objektif yang sebenarnya. Anak-anak diajar cara-cara menghafaz al-Quran, kemudian diajar mengenai huruf al-Quran dengan betul dan diajar membaca al-Quran dengan sebenarnya. Selain itu, mereka juga diajar cara-cara menulis khat oleh tenaga pengajar yang berpengalaman. Seronok sungguh mereka sepanjang 3 hari program dijalankan. Bukan sahaja belajar sahaja, mereka juga dibawa ke DARC untuk menjalankan aktiviti memanah dan berkuda. Selari dengan tema 'Pencinta al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw, memanah dan berkuda adalah antara yang disuruh Rasulullah saw untuk diajar kepada anak-anak. Seronok melihat anak-anak ini belajar memanah dan berkuda. Dibawah ada sebahagian gambar yang menceritakan aktiviti tersebut. tetapi gambar dibawah tidak lengkap. Jika sudah compile dari semua kamera, saya akan upload lagi =)

peserta-peserta diajar solat dhuha berjemaah setiap pagi 

Sejuk hati ibu jika melihatnya..semoga istiqamah menunaikan solat dhuha

Aktiviti sukan ceria

Seronok yer..main passing bola...

Belajar menulis khat dan mewarna khat yang diajar oleh En. Mokhtar Lutfi

Cantik dan kreatif..

Membuat pembentangan LDK


Sudah sampai di DARC untuk memanah dan menunggang kuda..yeahhh!!!

Anak- anak diberi tunjuk ajar sebelum memanah

Aksi Dania Zulaikha memanah..comei...

Giliran Dania pula..Wah, fokus...ops., xkena sasaran plk..hihi

Lagak pemanah-pemanah muda dari Darul Huffaz

Belajar mengenai kuda..Alhamdulillah, bertambah ilmu 

Ceria bersama maskot yang comel-comel

Anak-anak bergambar kenangan di DARC
Banyak lagi gambar-gambar akan di upload..pic berkuda juga tiada dlm simpanan sy..jika sudah dapat,akan di upload lg.. Semoga anak -anak mendapat manfaat daripada program ini dan mengamalkan perkara yang baik yang telah diajar oleh ustaz-ustaz sepanjang program.. lain kali, jika ada program seperti ini, jangan lupa, boleh join lagi..

Special thanks kepada semua yang terlibat terutamanya:
Ustaz Ahmad Lutfi, Ustaz Eka Nazra, Ustaz Suryadi, Ustaz Saiful,  Mr. Mokhtar Lutfi, Mr. Amir, Mr. Saiful Anuar yang telah menyumbangkan ilmu dan tenaga.
Tidak dilupakan juga kepada yang memasak makanan yang seriously sedap n lazat iaitu Puan Masila dan suami, juga Puan Ruby dan suami.. Juga Pn Noor Zanizawati. Jasa kalian akan dikenang dan semoga dapat berkerjasama lagi di masa akan datang.

Wassalam..






Thursday, December 8, 2011

Majlis Penyampaian Rekod Prestasi, Hadiah dan Sijil Tahun 2011

Alhamdulillah, selesai sudah sesi pengajian tahun 2011. Pelajar-pelajar juga ramai yang menunjukkan prestasi yang baik dan peningkatan dalam menghafaz al-Quran. Bagi pelajar-pelajar yang berjaya diucapkan tahniah dan teruskan untuk lebih cemerlang di masa akan datang. Untuk yang kurang berjaya diharapkan dapat melipat gandakan usaha untuk berjaya dalam pelajaran..amin..

Untuk tahun ini, buat kali pertamanya, kami menjemput ibubapa pelajar untuk sama-sama datang mengambil rekod prestasi dan melihat persembahan anak-anak mereka. Okay, let's the picture story you about the event:

Majlis dimulakan dgn bacaan al-Quran oleh anak murid dan doa oleh Ustaz Lutfi al Linggi

Ustaz Lutfi al Linggi memberikan ucapan pembukaan


Anak Murid membuat persembahan..Seronok bernasyid yer..

Pengetua MATADAHU, Ustaz Eka Nazra mengumumkan pelajar-pelajar yang cemerlang pada tahun 2011

Pelajar Terbaik Keseluruhan Matapelajaran, Miza Fatin...Tahniah Fatin.

Pelajar yang berjaya menghafal 3 juzu' al-Quran dalam masa 1 tahun dan sekolah ini separuh masa. Tahniah Athirah.

Penasihat Akademi, Ust. Ahmad Lutfi bergambar bersama anak2 murid

Giliran Pengetua, Ust Eka pula bergambar bersama pelajar-pelajar MATADAHU


Ustaz-Ustaz bergambar bersama pelajar-pelajar yang telah menghafaz 1,2 dan 3 juzu' al-Quran. Kesemua mereka mendapat sijil.


Wednesday, November 30, 2011

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2011..

Maahad Tahfiz Darul Huffaz telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2011. Anak-anak di MATADAHU juga dicungkil bakatnya melalui persembahan yang mereka persembahkan khas buat rakan-rakan dan guru-guru.. dibawah adalah gambar-gambar sepanjang majlis diadakan..

anak-anak MATADAHU memakai baju raya berwarna-warni

sebahagian murid lelaki

tekun mendengar ucapan/syarahan drpd al-Fadhil Ustaz Ahmad Lutfi al-Linggi

persembahan drpd kelas Imam Hanbali

Bernasyid lagu Sekeping Hati.Alahai, ayunyer..

lakonan mantap drpd anak-anak tahfiz

lakonan bertajuk "Anak Derhaka" sungguh menarik..

Ustazah Rida bersama anak-anak muridnya

Ustaz Adi dan anak muridnya..Zhaffran tidak dapat hadir.

Ustazah Syarifah bersama anak-anak didiknya

Ustaz Eka selaku Pengetua dan Guru Tahfiz yang berkaliber

bersama Pengetua MATADAHU, Ust Eka Nazra Bustami

bergambar kenangan..ada sebahagian yg tidak dpt hadir

Bergambar bersama Penasihat MATADAHU, Ustaz Ahmad Lutfi Bin Abdul Wahab al-Linggi..

Demikian sahaja sorotan sambutan Aidilfitri 2011. smg sambuta spt ini dapat dilaksanakan sebagai program  tahunan sekolah. Syabas buat semua murid dan tenaga pengajar MATADAHU. semaoga diberkati oleh ALLAH s.w.t kesemuanya..Amin..

Sambutan birthday di MATADAHU..

Assalammualaikum...
Belajar di MATADAHU memang menyeronokkan.. dengan suasana sekolah yang aman damai, ruang solat yang besar, kelas yang berhawa dingin dan tenaga pengajar yang berpengalaman, murid-murid tentunya seronok belajar dan menghafaz al-Quran. Yang paling best, MATADAHU sentiasa diberi nikmat makan dan minum yang sedap-sedap.. anak-anak murid boleh celebrate birthday mereka di sini. Disamping menggembirakan mereka, kami dapat berdoa beramai-ramai supaya birthday boy/girl panjang umur, murah rezeki, berjaya dalam hidup, menjadi anak yang soleh dan solehah dan sbgnya..=)

Dibawah ada sedikit gambar anak-anak menyambut hari lahir di MATADAHU:

birthday danial hafiz

this is Danial Hafiz, handsome boy..

birthday Ummu Maisarah yang comel

ustaz dan ustazah juga sama2 meraikan dan mengaminkan doa..

birthday Ariesyah Iman

siap balloon lagi..

senyum ariesyah..

dan beberapa gambar lagi ada yang x dpt diambil .. smg ukhuwah di MATADAHU berkekalan dan semoga anak-anak yang lahir daripada MATADAHU akan berjaya di dunia dan di akhirat..amin..

Program Sempena Cuti Sekolah..

Assalammualaikum...

Sempena cuti sekolah penggal akhir 2011 ini, kami warga Maahad Tahfiz Darul Huffaz (MATADAHU) ingin menjemput adik-adik yang berumur 7-12 tahun untuk menyertai Program Tafaqquh fi al-Din yang bertemakan "PENCINTA AL-QURAN DAN SUNNAH RASULULLAH SAW"

Program ini bertempat di Maahad Tahfiz Darul Huffaz, Kota Damansara.. terdapat banyak aktiviti menarik seperti belajar tajwid, teknik menghafaz Quran yang betul, menulis khat dan banyak lagi. Apa yang lebih menarik, pada hari terakhir, adik-adik akan dibawa untuk merasai pengalaman menunggang kuda dan memanah di samping menyemarakkan sunnah Rasulullah s.a.w. 

Yuran adalah RM 400 seorang. Maklumat lanjut boleh menghubungi Ustaz Eka Nazra si talian: 016-2961716 atau pun Ustazah Nur Wardah: 013-3409960. Bersama-samalah kita menyintai al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

PROGRAM TAFAQQUH FI AL-DIN

ANAK-ANAK AKAN BELAJAR MENGENAI:
KAEDAH MENGHAFAZ
ASAS ILMU TAJWID
MENGHAFAZ SURAH PENDEK
BELAJAR MENULIS KHAT DARI YG PAKAR
LDK
MENGENAL SIFAT HURUF
MENUNGGANG KUDA
MEMANAH
BERENANG
MENCARI HARTA KARUN
DAN BANYAK LG!!


JADI, JANGAN LEPASKAN PELUANG.. PERMOHONAN DIBUKA SEKARANG!!!
Wassalam..



Sunday, January 9, 2011

Maahad Tahfiz Darul Huffaz


PENGENALAN
Maahad Tahfiz Darul Huffaz (MATADAHU) merupakan sebuah pusat pendidikan tahfiz yang menjadikan hafazan al Quran sebagai mata pelajaran teras. Para pelajar akan diajar dengan ilmu-ilmu Islam dan Bahasa Arab berdasarkan sukatan beberapa maahad yang terdapat di luar negara Timur Tengah seperti Mesir dan Yaman. Justeru itu, penubuhan Maahad Tahfiz Darul Huffaz amatlah bertepatan dengan tuntutan dan kehendak semasa bagi melahirkan cendikiawan Islam, insan-insan beriman, beramal dan bertaqwa. Seterusnya menjadi generasi yang akan tampil sebagai pendakwah berkaliber dalam membangunkan modal insan.

FALSAFAH
G  “Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar  al Quran dan mengajarnya”

OBJEKTIF
G  Membentuk kecemerlangan minda melalui al Quran.
G  Melahirkan insan huffaz al Quran yang berwawasan Islam.
G  Menanam kepada para pelajar kecintaan kepada Allah dan Rasulullah SAW.
G Membentuk generasi huffaz yang menjadikan al Quran sebagai panduan dan al Sunnah sebagai pegangan hidup.


PROGRAM PENGAJIAN
Pengajian tahfiz di maahad ini mengambil masa 6 tahun merangkumi bidang pengajian utama iaitu hafazan al Quran, panduan membaca al Quran, pengenalan hukum tajwid, pengukuhan hafazan serta pengajian al Quran. Di samping itu para pelajar juga akan mendalami ilmu Akidah, Tauhid, Feqah, Hadith dan Bahasa Arab.

SISTEM PENGAJIAN
Masa pengajian.
             Hari Isnin – Jumaat
             Sesi pagi       (8.00 – 11.00 am)
             Sesi petang   (2.30 – 5.30 pm)
Tempoh pengajian.
             Enam tahun   (untuk 30 juzu’)
Sistem peperiksaan. (12 semester)
Kaedah peperiksaan.
             Syafawi, lisan dan tahriri

KELEBIHAN PENGAJIAN
G  Tahfiz al Quran.
Pelajar boleh menghafaz al Quran 2 juzu’ dalam masa 1 semester (4 bulan) dan 1 juzu’ dalam masa semester pendek (2 bulan). Dan bagi pelajar yang sudah berada di tingkatan 3 di Maahad Tahfiz Darul Huffaz. Tanggungan hafazannya akan ditambah menjadi 1 muka surat sekali pertemuan, sehingga mampu menyelesaikan hafazan selama 6 tahun.

G  Tahsin Qira’ah.
Pelajar boleh membaca al Quran sesuai dengan kaedah tajwid dan makhraj huruf yang benar serta belajar mengasah suara dalam tarannum al Quran.

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
G  Pelajar lelaki dan perempuan.
G  Berumur  7–20  (kelas hafazan).
G  Berumur  5–8    (kelas iqra’).
G  Boleh membaca al Quran dan menulis jawi.
G  Berminat menghafaz al Quran dan al Hadith.
G  Lulus ujian kemasukan Maahad Tahfiz Darul Huffaz.

KEMUDAHAN PENGAJIAN
G  Perpustakaan.
G  Surau.
G  Ruang Makan.
G  Bilik Kuliah Berhawa Dingin.

YURAN PENGAJIAN
G  Pendaftaran Persekolahan         RM300.00
G  Yuran Bulanan Tahfiz               RM300.00
G  Yuran Bulanan Iqra                  RM150.00
G  Hemat Diri                               RM150.00


PERMOHONAN
Permohonan dibuka sekarang.
Pengambilan pelajar adalah terhad.
Pelajar yang berminat sila hubungi:

Ustaz Eka Nazra          : 016-2961716
Ustazah Nur Wardah : 013-3409960

Maahad Tahfiz Darul Huffaz
1-91-1, Block 1 Jalan Teknologi, Kota Damansara
47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Tel:  03-61409441
Faks:  03-61407115
E-mel:  darulhuffaz01@gmail.com